Abdelmadjid Tebboune
Abdelmadjid Tebboune

Abdelmadjid Tebboune

Abdelmadjid Tebboune (Bahasa Arab: عبد المجيد تبون‎, translit. ʿAbd al-Majīd Tabbūn; lahir 17 November 1945) ialah ahli politik Algeria yang pada masa ini berkhidmat sebagai Presiden Algeria sejak bulan Disember 2019 dan sebagai Menteri Pertahanan.[1] Beliau mengambil alih kuasa daripada bekas Presiden Abdelaziz Bouteflika dan bekas Pemangku Ketua Negara Abdelkader Bensalah. Sebelum ini, beliau merupakan Perdana Menteri Algeria dari bulan Mei 2017 hingga Ogos 2017. Tambahan pula, beliau juga Menteri Perumahan dari tahun 2001 hingga 2002 selama setahun dan sekali lagi dari tahun 2012 hingga 2017 selama 5 tahun.[2]